Jika anda baru mendengar perkataan Program Affiliate ataupun sudah lama mendengarnya tetapi masih lagi tidak memahami dengan sepenuhnya apakah sebenarnya Program Affiliate, webpage ini akan menceritakannya secara asas.
APAKAH PROGRAM AFFILIATE
Secara ringkasnya begini. Anda membawa seseorang (pelayar Internet) ke suatu website dan mereka ini membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh website tersebut ataupun mereka ini 'sign-up' untuk sesuatu di website tersebut, maka anda dibayar komisyen. Mudah bukan?
Atau dengan lebih jelasnya begini.
Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya 'menghantar' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet) ataupun offline!!
BAGAIMANA MENYERTAINYA?
Sebenarnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah sungguh mudah. Sekarang ini, banyak syarikat-syarikat yang menganjurkan program ini dengan tujuan meluaskan lagi pasaran mereka dan secara tidak langsung ianya adalah suatu bentuk pengiklanan untuk produk/perkhidmatan mereka. Setakat diketahui, hampir semua Program Affiliate ini boleh disertai secara percuma. Ya!!!! Percuma!!
Secara umumnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah mengikut langkah-langkah berikut:-
- Kenalpasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai. Terdapat banyak syarikat di Internet yang menawarkan Program Affiliate untuk anda sertai. Bermula dari syarikat yang terlibat dalam penjualan buku, muzik, DVD movies atau games, barangan elektronik, makanan kesihatan, alatan sukan, pakaian, dan lain-lain lagi.....sehinggalah kepada syarikat yang memasarkan perkhidmatan seperti web hosting, web design, search engine, direktori, seminar perniagaan, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata.....'MaCaM-mACaM Ada' !!!!
- Baca, fahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam setiap program (berbeza dari satu program ke satu program lain). Ingat! Bacalah dengan teliti dan fahami segala isi kandungan perjanjian tersebut sebelum membuat sebarang keputusan. Ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari seperti masalah pembayaran, cara promosi, tempoh luput dan sebagainya. Langkah ini yang nampaknya sungguh mudah tidak harus dipandang remeh sama sekali. Jika sudah bersetuju, daftarkan permohonan anda dengan mengisi 'form' yang disediakan oleh syarikat tersebut.
- Masukkan link di dalam website anda untuk menghubungkan pelanggan ke website syarikat tersebut. Perlu diingatkan bahawa tema website anda perlulah selari dengan produk/perkhidmatan yang anda rujukkan melalui Program Affiliate yang anda sertai. Sebagai contoh, anda mempunyai website yang sedang giat memasarkan buku-buku di Internet atau dengan kata mudah 'Online Bookstore'. Sudah tentu Program Affiliate yang terbaik untuk anda sertai adalah berkaitan dengan pemasaran buku, contohnya yang ditawarkan oleh www.Amazon.com Apabila permohonan anda diluluskan, anda biasanya diberikan 'HTML code' ataupun 'link' yang mengandungi Affiliate ID anda sendiri. Tugas anda hanyalah perlu meletakkan 'HTML code' ataupun 'link' tersebut ke dalam website anda. Jika ada orang klik dan seterusnya membuat pembelian, maka anda akan mendapat komisyen.
- Tunggu bayaran komisyen anda (jika ada). Sebenarnya tiada apa yang perlu dipelajari di sini kerana ianya adalah milik anda, bukannya milik sesiapa yang lain. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menerima bayaran komisyen tersebut, dan seterusnya terpulanglah kepada anda apa nak dibuat dengan duit tersebut. Ini semua adalah hasil dari usaha anda sendiri dan bukannya orang lain. Jadi hanya anda lah saja yang berhak!!! Cuma satu perkara yang perlu diingat, cara dan tempoh penerimaan komisyen perlu dinyatakan (dipilih) semasa anda mengisi borang permohonan untuk menyertai Program Affiliate.
(Penerangan langkah di atas diterangkan dengan lebih detail di dalam ebook: 'Pelita Affiliate')
From : Zakuan R.
Web : Affiliatejaya
0 komentar:
Post a Comment