Search Engine Optimization

Jan 9, 2008 Wednesday, January 09, 2008

SEO adalah satu nama akronim kepada “Search Engine Optimization”. Ianya merujuk kepada teknik dan kaedah tertentu yang digunakan oleh webmaster kepada sesebuah laman web bagi memperolehi “ranking” - ( kedudukan ) terbaik TOP 10 didalam senarai search engine (direktori enjin carian) seperti google, yahoo, MSN, AOL, Altavista dan lain-lain. Antara contoh yang terbaik kaedah SEO ialah penggunaan keyword yang terbaik dam sesuai berkaitan dengan laman web yang ingin dipromosikan.

Apa kaitan enjin carian (search engine) dengan laman web?
Enjin carian didalam dunia maya adalah sejenis agen pengiklanan yang terbaik dalam mempromosikan sesebuah laman web. Ini kerana disebabkan pada kebiasaanya, para pelayar internet yang melayari internet untuk mencari infomasi ataupun maklumat didalam internet akan menggunakan bantuan dari enjin carian (search engine) seperti Google, Yahoo, MSN dan seangkatan denganya, dimana pelayar internet tersebut akan menaip beberapa perkataan “keyword” (kata kunci) kepada enjin carian tersebut dan enjin carian akan memulakan carian perkataan yang sinonim dengan perkataan yang telah ditaipkan oleh pelayar internet melalui rekod yang terkandung didalam pengkalan data enjin carian tersebut, seterusnya enjin carian akan memaparkan beberapa URL(alamat) laman web yang berkaitan dengan keyword yang telah ditaipkan pada ruangan carian tadi.lihat contoh berikut :-

Jika kita lihat pada hasil carian tersebut terdapat 20 muka surat alamat laman web yang mempunyai kaitan dengan keyword yang ditaip. Menurut kajian, 90% pencari maklumat di internet secara maksimanya akan melihat sehingga ke muka surat 3 sahaja, selebihnya diabaikan begitu sahaja. Ini bermakna, senarai alamat laman web yang terdapat pada muka surat pertama tadi dikira sebagai TOP 10. Maka melalui pengamalan kaedah dan teknik SEO ini pastinya akan dapat membantu bagaimana laman web anda akan berada pada muka surat yang pertama tersenarai sebagai TOP 10 pada enjin carian.

Mengapa perlu kepada “rangking”?
Dengan rangking yang terbaik, sesebuah laman web akan mudah dicapai dan dikenali sekaligus akan meningkatkan pengunjung (trafik) ke laman tersebut. Sememangnya tujuan pembangunan laman web adalah untuk mempromosikan kandungan laman web tersebut samada ianya berbentuk perniagaan, infomasi, hiburan, pelajaran atau sebagainya. Tanpa pengunjung maka tidak bermaknalah kewujudan laman web tersebut

Kaedah dan teknik SEO ini sering diperbahas dan dibincangkan oleh bloger, pakar pemasaran internet dan para usahawan internet. Kaedah dan teknik SEO ini sering dibahas dan dibincangkan dari masa kesemasa, ianya tidak bersifat statik bahkan sentiasa berubah mengikut kehendak syarat dan terma sesebuah enjin carian dalam jangka masa tertentu. Selaku webmaster yang sentiasa menghendaki rangking yang terbaik dalam senarai direktori sesebuah enjin carian, sememangnya dengan memahami, mengamal dan mengkaji kaedah SEO terkini adalah cara yang terbaik.

Secara kesimpulannya, kaedah SEO ini merujuk kepada ;-

  1. Cara bagaimana menempatkan laman web pada tempat yang terbaik (rangking) dalam senarai enjin carian.
  2. Cara mempromosi laman web kita.
  3. Cara meningkatkan trafik (pengunjung) kelaman web.
  4. Cara menjadikan laman web kita bermutu dan berkualiti.
  5. Memahami teknikal yang dikenakan pada syarat dan terma setiap enjin carian.

azk

0 komentar:

Bid Vertiser

Powered By Blogger

feed rss

AddThis Feed Button
Fresh Blogger Templates